Friday, July 27, 2007

Perubahan alamat website Abdullah Yusoff

Assalamualaikum pembaca budiman sekalian,

Dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa website ini sudah berpindah ke alamt baru, iaitu:
http://www.abdullahyusoff.wordpress.com

Semua artikel yang sedia ada dan terbaru daripada saya sudahpun berada di website baru itu.

Sekian, terima kasih.

Abdullah Yusoff

Tuesday, May 29, 2007

ORANG KEMBODIA WELLINGTON BOLEH BERBAHASA MELAYU

New Zealand tersohor dengan keindahan semula jadinya. Di samping itu New Zealand juga terkenal dengan sebuah negara yang mempunyai berbagai-bagai latar belakang penduduk. Berdasarkan perangkaan Jabatan Statistik New Zealand, terdapat sekurang-kurangnya 36 bangsa yang membentuk penduduk tetap negara ini, yang jumalahnya sekitar 4.1 juta. Wellington adalah ibu negara New Zealand.

Maori adalah penduduk pribumi. Jika di Malaysia gelaran Mat Salleh digunakan bagi merujuk pada bangsa Eropah yang berkulit putih, di New Zealand pula Pakeha adalah nama rujukan pada penduduk yang berbangsa Eropah, berkulit putih dan kebanyakannya daripada United Kingdom. Manakala Kiwi merujuk pada semua penduduk New Zealand.

Dari segi sosiolinguistik, Bahasa Maori, Bahasa Inggeris dan Bahasa Isyarat New Zealand (New Zealand Sign Language) adalah 3 bahasa rasmi negara ini. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris mendominasikan kebanyakan urusan rasmi kerajaan. Namun, penggunaan bahasa lain digunakan juga berdasarkan keperluan semasa berurusan.

Bahasa Maori adalah bahasa penduduk peribumi, yang digunakan secara meluas di instituasi kerajaan dan juga sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah. Manakala New Zealand Sign Language (NZSL) adalah bahasa kebanyakan warga Pekak, yang pada April 2006 diangakat sebagai salah satu bahasa rasmi New Zealand. Peristiwa terbaru tentang NZSL ialah pengumuman Kementerian Pelajaran pada April 2007 bahawa NZSL dijadikan salah satu mata pelajaran di sekolah yang boleh dipelajari oleh semua pelajar. Jika pertuturan merupakan media/saluran komunikasi bagi Bahasa Maori dan Bahasa Inggeris, isyarat atau pergerakan anggota tubuh badan adalah media/saluran komunikasi bagi NZSL.
Selaian itu, dasar terbuka terhadap penggunaan bahasa yang diamalakan, setiap bangsa di New Zealand dibenarkan menggunakan bahasanya tersendiri dan dalam kes-kes tertentu seperti dalam hal berkaitan dengan mendapat “bantuan keewangan” daripada kerajaan, jurubahasa disediakan bagi memudahkan komunikasi anatara wakil agensi kerajaan dengan “pemohon” daripada berbagai-bagai bangsa yang memerlukan perkhidamatan. Hal ini memperlihatkan bahawa konsep saling faham memahami dalam berkomunikasi dititik beratkan dalam segala urusan rasmi kerajaan.

Apa yang menarik perhatian penulis pada masyarakat yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang ini adalah terdapat sebilangan penduduk di sini, yang berasal daripada Komboja, yang boleh berbahasa Melayu. Kebanyakan daripadanya beragama Islam. Terdapat sekurang-kurangnya 20 keluarga Komboja Islam di sekitar Wellington dengan jumlah ahli keluarga sekitar 100 orang. Ikuti perbincangan selanjutnya dalam majalah Dewan Bahasa, Jun 2007 dalam pasaran!

Labels: ,

Monday, April 23, 2007

Deafness: Disability or Cultural Difference?

Warga Pekak: Anatara Komuniti Cacat atau Pengguna Bahasa Minoriti

Terdapat berbagai-bagai pendekatan untuk melihat kepekakan yang dialami oleh warga Pekak berdasarkan kumpulan atau profesional mana yang terlibat dalam melihat warga Pekak. Hal ini sudah tentu membawa perbezaan pandangan antara satu-satu profesional dengan profesional yang lain. Perbezaan ini berpaksi pada fungsi langsung setiap profesional terhadap orang pekak kerana ksemua mereka ingin membantu warga Pekak bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Hal ini kerana, kebanyakan orang pekak mempunyai kualiti hidup yang tidak setanding atau lebih rendah berbanding dengan mereka yang berpendengaran biasa.

Pendekatan Perubatan
Pendekatan perubatan melihat orang pekak sebagai individu/kumpulan yang memilki keccacatan. Pandangan ini adalah pandangan konvensional/konservatif dalam mana-mana masyarakat yang berpaksi kepada kecacatan, iaitu orang pekak adalah kumpulan/individu yang memiliki kecacatan pendengaran dan hal ini meletakkan orang pekak statusnya sama dengan kumpulan/individu lain, yang mengalami kecacatan. …

Pendekatan Linguistik
Pendekatan linguistik melihat warga Pekak sebagai kumpulan pengguna bahasa yang minoriti. Pandangan ini melihat warga Pekak sebagai kumpulan minoriti pengguna bahasa yang berbeza daripada “orang berpendengaran biasa” (OPB). Perbezaan bahasa ini bukan pula berpunca daripada ”pekak” kerana orang pekak dikatakan tidak pernah mendengar bunyi bahasa dan bentuk bahasa yang digunakan mereka adalah ”bahasa” mereka tersendiri. Oleh itu, adalah tidak adil jika mereka dikatakan memiliki kecacatan. ..

Ikutilah perbincangan selanjutnya dalam Dewan Bahasa Mei 2007, dalam pasaran!

Labels: , ,

Sunday, April 01, 2007

MEMBENTUK PELAJAR PINTAR CERDAS

Kepintaran dan kecerdasan murid dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Guru perlu tahu untuk mengatur program dan menyediakan strategi yang dapat meningkatkan murid pintar-cerdas dalam bidang yang ditonjolkannya. Program adalah susunan aktiviti yang dirancang untuk satu-satu murid atau sekumpulan murid untuk mencapai sasaran bahasa yang ditetapkan pada jangka masa yang ditetapkan. Terdapat banyak strategi yang disyorkan oleh pakar-pakar psikologi pendidikan untuk membantu murid pintar-cerdas. Guru bahasa diminta menyesuaikannya dengan tahap dan bakat bahasa yang ada pada murid.
Berikut adalah aktiviti pengaplikasian pemikiran analitis, kreatif dan praktikal berdasarkan komponen bahasa untuk membantu pelajar pntar!. Ikuti perbincangan selanjutnya dalam Pelita Bahasa, Mac dalam pasaran!

Labels:

Tuesday, March 06, 2007

Modul Pengenalan Pendidikan Khas

Modul ini ditulis oleh tiga orang penulis yang diketuai oleh Dr Abdullah Yusoff. Dua penulis lagi daripada Fakulti Pendidikan UKM iaitu En Safani Bari dan En Mokhtar Taha. Masing-masing penulis berkenaan mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam pendidikan khas. Modul ini digunakan oleh penuntut Open Universiti Malaysia (OUM) yang mengikuti Kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas. Oleh itu, jika pembaca ingin membeli buku berkenaan bolehlah terus berhubung dengan mana-mana cawangan OUM berdekatan dengan harga yang berpatutan. Satu-satunya buku dalam bidang ini yang ditulis dalam bahasa Melayu dan tidak terdapat dalam pasaran kecuali di OUM.

Labels: , ,

Sunday, November 26, 2006

RASA MEGAH BAHASA TERHADAP BAHASA SENDIRI

Ungkapan tersebut tidak diajar di sekolah dan seingat pengalaman penulis sebagai ’murid’ Darjah Satu hingga Tingakat Enam dan ’mahasiswa’ di tiga buah universiti, hal ini tidak disentuh secara langsung walaupun bidang pengajian penulis adalah berkaiatan dengan linguistik. Dua daripada universiti tersebut adalah universiti tempatan. Walau bagaimanapun, hal ini diketahui penulis melalui pembacaan buku-buku berkaitan ’sosiolinguistik’ dan ’perancangan bahasa’, contohnya. Hal ini bukan tujuan penulis untuk menunding jari kepada mana-mana pihak akan ketiadaan hal tersebut tetapi sekadar meneliti akibatnya jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam hal menanamkan semangat tersebut...

... Tetapi jika hal seperti ini tidak diajar dan disentuh secara langsung dalam kurikulum persekolahan siapakah yang akan memahaminya dan dapat menghayatinya, dan juga mempertahankannya apabila bahasa mereka di’ancam’. Jika diteliti, kurikulum persekolahan banyak menekankan kepada ’ketatabahasaan’ sesuatu bahasa, yang mana pelajar disogok supaya memahami jalan bahasa yang betul dan mengecam akan kesalahannya, kemudiannya, menggunakannya dengan betul. Unsur-unsur nilai dalam/melalui bahasa tidak diberi keutamaan. Hal ini memperlihatkan bahawa bahagian ke dua ungkapan tersebut telah dipenuhi tetapi tidak bagi bahagian pertama...

...Unsur-unsur seperti sayangkan bahasa, pendaulatan bahasa dan perkaiatan bahasa dengan jati bangsa disentuh secara tidak langsung sahaja. Oleh sebab sifat pengajaran ’tidak langsung’ ini maka lahirlah pelbagai cara dan tafsiran terhadap keperluan BM dan hal ini sudah tentu berdasarkan cita-rasa penyampaianay/gurunya. Oleh hal yang demikian, semasa BM diancam seperti dalam peristiwa pelaksanaan pengajaran MT dan SN diInggeriskan, kita dapati tidak ramai yang memahami akan impaknya, apatah lagi untuk mengajak masyarakat menilai secara rasional tentang pelaksanaannya.

Dalam hal ’rasa megah bahasa terhadap bahasa sendiri’ kita dapati masyarakat Jepun, Korea, Jerman dan Perancis, contohnya dapat maju dan mengangkat bangsanya setanding dengan bangsa-bangsa lain yang maju di dunia. Hal kemajuan sesebuah negara selalunya dikaitkan dengan masyarakat atau negara yang menggunakan bahasa Inggeris. Disebabkan bahasa bangsa-bangsa tersebut tidak begitu popular sebagai saluran komunikasi antarabngsa berbanding dengan kemajuan yang dicapai oleh pengguna bahasa tersebut, kita terlepas pandang tentang kamajuan yang dicapai oleh mereka terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Umpamanya Jerman megah dengan teknologi automotif dan Jepun dengan eloktronik. Ikutilah perbincangan tersebut dalam Dewan Bahasa Januari 2007.

Tuesday, November 07, 2006

"Saya Mahu Jadi Proffesor"

AWAL tahun 2006, kita dikejutkan dengan kisah kepintaran seorang pelajar yang dikatakan memiliki kebolehan luar biasa. Adi Putra Abd. Ghani, pelajar tahun satu, merupakan kanak-kanak genius. Kebolehan Adi Putra menarik perhatian media kerana keupayaannya menyelesaikan persoalan matematik sehingga angka trilion dan setaraf dengan keupayaan seorang pakar dalam bidang matematik. Dia juga berupaya menguraikan persoalan matematik yang paling sukar seperti ilmu pengiraan trigonometri dan algebra dalam tempoh yang singkat.
Adi Putra ialah aset yang dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara sekiranya dia diberi peluang untuk mengetengahkan kebolehan luar biasanya. Kajian mendapati bahawa ada sekitar tiga peratus hingga lima peratus kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai “kanak-kanak pintar-cerdas” seperti Adi Putra. Oleh itu, sebagai guru, mereka harus berupaya menangani kanak-kanak sebegini dengan bijaksana. Kanak-kanak pintar-cerdas cenderung untuk berasa bosan apabila “terpaksa” mengikuti pelajaran yang terlalu mudah yang dipelajari oleh pelajar sebaya.

Sehubungan dengan hal itu, makalah ini mencuba untuk memaparkan pengalaman penulis “menemu bual” seorang pelajar yang berjiwa besar. Berdasarkan pengalaman penulis, makalah ini berusaha untuk mengaitkan peranan yang perlu dilakukan oleh guru untuk memajukan pelajar yang tergolong dalam kategori pintar dan sekali gus dapat membentuk pelajar dalam mengejar cita-cita mereka.

“Saya mahu jadi profesor”, itulah jawapan yang diberikan oleh seorang pelajar apabila ditanya tentang cita-citanya dan kerjaya yang diimpikannya apabila dewasa kelak. Perbualan tersebut berlaku secara tidak sengaja. Daripada perbualan itu, pelajar tersebut dapat memberikan gambaran tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan “bahan bacaan”, “buku cerita Melayu”, “sikap guru” dan “sikap ahli keluarga”, yang perlu diberi perhatian oleh guru, khususnya guru bahasa.

Bukan kerjaya “profesor” yang menjadi fokus perbincangan, tetapi cara pelajar ini memberikan maklumat dan hujah yang menjadi bahan untuk diperkatakan. Lebih menakjubkan penulis, cara pelajar ini menghurai dan menggambarkan kerja profesor serta membandingkannya dengan kerjaya lain, cukup menarik perhatian. Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Pelita Bahasa November 2006. Kini di pasaran... dapatkan segera!

Labels: