Sunday, November 26, 2006

RASA MEGAH BAHASA TERHADAP BAHASA SENDIRI

Ungkapan tersebut tidak diajar di sekolah dan seingat pengalaman penulis sebagai ’murid’ Darjah Satu hingga Tingakat Enam dan ’mahasiswa’ di tiga buah universiti, hal ini tidak disentuh secara langsung walaupun bidang pengajian penulis adalah berkaiatan dengan linguistik. Dua daripada universiti tersebut adalah universiti tempatan. Walau bagaimanapun, hal ini diketahui penulis melalui pembacaan buku-buku berkaitan ’sosiolinguistik’ dan ’perancangan bahasa’, contohnya. Hal ini bukan tujuan penulis untuk menunding jari kepada mana-mana pihak akan ketiadaan hal tersebut tetapi sekadar meneliti akibatnya jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam hal menanamkan semangat tersebut...

... Tetapi jika hal seperti ini tidak diajar dan disentuh secara langsung dalam kurikulum persekolahan siapakah yang akan memahaminya dan dapat menghayatinya, dan juga mempertahankannya apabila bahasa mereka di’ancam’. Jika diteliti, kurikulum persekolahan banyak menekankan kepada ’ketatabahasaan’ sesuatu bahasa, yang mana pelajar disogok supaya memahami jalan bahasa yang betul dan mengecam akan kesalahannya, kemudiannya, menggunakannya dengan betul. Unsur-unsur nilai dalam/melalui bahasa tidak diberi keutamaan. Hal ini memperlihatkan bahawa bahagian ke dua ungkapan tersebut telah dipenuhi tetapi tidak bagi bahagian pertama...

...Unsur-unsur seperti sayangkan bahasa, pendaulatan bahasa dan perkaiatan bahasa dengan jati bangsa disentuh secara tidak langsung sahaja. Oleh sebab sifat pengajaran ’tidak langsung’ ini maka lahirlah pelbagai cara dan tafsiran terhadap keperluan BM dan hal ini sudah tentu berdasarkan cita-rasa penyampaianay/gurunya. Oleh hal yang demikian, semasa BM diancam seperti dalam peristiwa pelaksanaan pengajaran MT dan SN diInggeriskan, kita dapati tidak ramai yang memahami akan impaknya, apatah lagi untuk mengajak masyarakat menilai secara rasional tentang pelaksanaannya.

Dalam hal ’rasa megah bahasa terhadap bahasa sendiri’ kita dapati masyarakat Jepun, Korea, Jerman dan Perancis, contohnya dapat maju dan mengangkat bangsanya setanding dengan bangsa-bangsa lain yang maju di dunia. Hal kemajuan sesebuah negara selalunya dikaitkan dengan masyarakat atau negara yang menggunakan bahasa Inggeris. Disebabkan bahasa bangsa-bangsa tersebut tidak begitu popular sebagai saluran komunikasi antarabngsa berbanding dengan kemajuan yang dicapai oleh pengguna bahasa tersebut, kita terlepas pandang tentang kamajuan yang dicapai oleh mereka terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Umpamanya Jerman megah dengan teknologi automotif dan Jepun dengan eloktronik. Ikutilah perbincangan tersebut dalam Dewan Bahasa Januari 2007.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home