"Saya Mahu Jadi Proffesor"
AWAL tahun 2006, kita dikejutkan dengan kisah kepintaran seorang pelajar yang dikatakan memiliki kebolehan luar biasa. Adi Putra Abd. Ghani, pelajar tahun satu, merupakan kanak-kanak genius. Kebolehan Adi Putra menarik perhatian media kerana keupayaannya menyelesaikan persoalan matematik sehingga angka trilion dan setaraf dengan keupayaan seorang pakar dalam bidang matematik. Dia juga berupaya menguraikan persoalan matematik yang paling sukar seperti ilmu pengiraan trigonometri dan algebra dalam tempoh yang singkat.
Adi Putra ialah aset yang dapat menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara sekiranya dia diberi peluang untuk mengetengahkan kebolehan luar biasanya. Kajian mendapati bahawa ada sekitar tiga peratus hingga lima peratus kanak-kanak yang diklasifikasikan sebagai “kanak-kanak pintar-cerdas” seperti Adi Putra. Oleh itu, sebagai guru, mereka harus berupaya menangani kanak-kanak sebegini dengan bijaksana. Kanak-kanak pintar-cerdas cenderung untuk berasa bosan apabila “terpaksa” mengikuti pelajaran yang terlalu mudah yang dipelajari oleh pelajar sebaya.
Sehubungan dengan hal itu, makalah ini mencuba untuk memaparkan pengalaman penulis “menemu bual” seorang pelajar yang berjiwa besar. Berdasarkan pengalaman penulis, makalah ini berusaha untuk mengaitkan peranan yang perlu dilakukan oleh guru untuk memajukan pelajar yang tergolong dalam kategori pintar dan sekali gus dapat membentuk pelajar dalam mengejar cita-cita mereka.
“Saya mahu jadi profesor”, itulah jawapan yang diberikan oleh seorang pelajar apabila ditanya tentang cita-citanya dan kerjaya yang diimpikannya apabila dewasa kelak. Perbualan tersebut berlaku secara tidak sengaja. Daripada perbualan itu, pelajar tersebut dapat memberikan gambaran tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan “bahan bacaan”, “buku cerita Melayu”, “sikap guru” dan “sikap ahli keluarga”, yang perlu diberi perhatian oleh guru, khususnya guru bahasa.
Bukan kerjaya “profesor” yang menjadi fokus perbincangan, tetapi cara pelajar ini memberikan maklumat dan hujah yang menjadi bahan untuk diperkatakan. Lebih menakjubkan penulis, cara pelajar ini menghurai dan menggambarkan kerja profesor serta membandingkannya dengan kerjaya lain, cukup menarik perhatian. Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Pelita Bahasa November 2006. Kini di pasaran... dapatkan segera!
Labels: Pintar Cerdas

3 Comments:
setiap manusia adalah genius dalam bidang masing. cuma adakah dia sudah bertemu atau belum bidang itu, iaitu bidang yang paling serasi dengannya.
itu keunikan manusia dan keistimewaan manusia.
saya agak tak paham..siapa yang ckap saya mahu jadi prof??adik adi putra 2 ke?
saya agak tak paham..siapa yang ckap saya mahu jadi prof??adik adi putra 2 ke?
Post a Comment
<< Home