ORANG KEMBODIA WELLINGTON BOLEH BERBAHASA MELAYU
New Zealand tersohor dengan keindahan semula jadinya. Di samping itu New Zealand juga terkenal dengan sebuah negara yang mempunyai berbagai-bagai latar belakang penduduk. Berdasarkan perangkaan Jabatan Statistik New Zealand, terdapat sekurang-kurangnya 36 bangsa yang membentuk penduduk tetap negara ini, yang jumalahnya sekitar 4.1 juta. Wellington adalah ibu negara New Zealand.
Maori adalah penduduk pribumi. Jika di Malaysia gelaran Mat Salleh digunakan bagi merujuk pada bangsa Eropah yang berkulit putih, di New Zealand pula Pakeha adalah nama rujukan pada penduduk yang berbangsa Eropah, berkulit putih dan kebanyakannya daripada United Kingdom. Manakala Kiwi merujuk pada semua penduduk New Zealand.
Dari segi sosiolinguistik, Bahasa Maori, Bahasa Inggeris dan Bahasa Isyarat New Zealand (New Zealand Sign Language) adalah 3 bahasa rasmi negara ini. Walau bagaimanapun, bahasa Inggeris mendominasikan kebanyakan urusan rasmi kerajaan. Namun, penggunaan bahasa lain digunakan juga berdasarkan keperluan semasa berurusan.
Bahasa Maori adalah bahasa penduduk peribumi, yang digunakan secara meluas di instituasi kerajaan dan juga sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah. Manakala New Zealand Sign Language (NZSL) adalah bahasa kebanyakan warga Pekak, yang pada April 2006 diangakat sebagai salah satu bahasa rasmi New Zealand. Peristiwa terbaru tentang NZSL ialah pengumuman Kementerian Pelajaran pada April 2007 bahawa NZSL dijadikan salah satu mata pelajaran di sekolah yang boleh dipelajari oleh semua pelajar. Jika pertuturan merupakan media/saluran komunikasi bagi Bahasa Maori dan Bahasa Inggeris, isyarat atau pergerakan anggota tubuh badan adalah media/saluran komunikasi bagi NZSL.
Selaian itu, dasar terbuka terhadap penggunaan bahasa yang diamalakan, setiap bangsa di New Zealand dibenarkan menggunakan bahasanya tersendiri dan dalam kes-kes tertentu seperti dalam hal berkaitan dengan mendapat “bantuan keewangan” daripada kerajaan, jurubahasa disediakan bagi memudahkan komunikasi anatara wakil agensi kerajaan dengan “pemohon” daripada berbagai-bagai bangsa yang memerlukan perkhidamatan. Hal ini memperlihatkan bahawa konsep saling faham memahami dalam berkomunikasi dititik beratkan dalam segala urusan rasmi kerajaan.
Apa yang menarik perhatian penulis pada masyarakat yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang ini adalah terdapat sebilangan penduduk di sini, yang berasal daripada Komboja, yang boleh berbahasa Melayu. Kebanyakan daripadanya beragama Islam. Terdapat sekurang-kurangnya 20 keluarga Komboja Islam di sekitar Wellington dengan jumlah ahli keluarga sekitar 100 orang. Ikuti perbincangan selanjutnya dalam majalah Dewan Bahasa, Jun 2007 dalam pasaran!
Labels: Bahasa, Sosiolinguistik

0 Comments:
Post a Comment
<< Home